[eMY] Arah Tuju/Direction

Day 4,519, 20:15 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1
For English version, please scroll below.



[MY]
Nampaknya diri ini kembali semula ke medan utama. Bertanding lagi untuk pilihanraya CP. #penggalke9
Jadi, apakah tumpuan, arah tuju, laluan untuk penggal CP akan datang ini?

1. Komuniti
- Dengan kepulangan warga RL Malaysia yang dah eMati dari kubur, dan juga disertai dengan warga RL Malaysia yang baru, maka tumpuan utama adalah untuk membawa semua bersama-sama untuk bermain sebagai komuniti.
- Daripada bermain secara individu dan hanya untuk pergi ke peperangan saja, kita akan memberi tumpuan kepada pembinaan watak, edutainment, serta pengenalan antara satu sama lain sebagai kawan.

2. Ekonomi
- Penurunan kadar cukai bagi kebanyakan / semua industri yang berkaitan akan dirancang dan dilaksanakan.
- Tujuannya adalah untuk menghidupkan pasaran produk yang dijual di eMY, selain menjadikan pasaran kita lebih aktif di dalam serta di luar negara.
- Program Korporat GLC akan diperkenalkan, di mana syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh belajar tentang kecekapan pengeluaran, persaingan jualan pasaran dan pertumbuhan ekonomi.

3. Kebajikan
- Program makanan dan senjata harian akan disediakan oleh setiap Unit Tentera dalam masyarakat, dan ia akan disubsidikan oleh kerajaan.
- Satu tinjauan akan dijalankan di mana maklumat tersebut akan digunakan untuk menyediakan pelan insentif tunai / pelan pinjaman korporat bagi mereka yang layak.

4. Hal Ehwal Asing
- Tumpuan adalah untuk membentuk hubungan baik dengan negara-negara jiran eSEA, dengan membina semula hubungan lama dahulu dan bekerjasama untuk masa depan.

Kesimpulannya, semua rancangan diatas akan diperluaskan lagi oleh setiap menteri yang dilantik nanti.
Jadi, marilah kita bekerjasama sebagai satu komuniti.
Tiada kebencian, tidak ada dendam hasad dengki, tetapi untuk semua menikmati permainan ini bersama-sama.



[EN]
Another return to the spotlight. Here I am, running for another CP election term. #9thtermincoming
So what's the focus, direction, path for the coming CP term?

1. Community
- With many eDead RL Malaysian returning from the grave, as well as new RL Malaysian joining, the primary focus will be to bring everyone together to play as a community.
- Rather than to play the game individually and just to go to war, there will be character building, edutainment, as well as getting to know each other as friends.

2. Economy
- Tax rate reduction for most/all the industry related to be planned and execute.
- The intention is to bring the eMY product market to life, as well as to make our market more active locally and abroad.
- GLC Corporate Program will be introduced, where participating companies can learn on production efficiency, market sale competition and economic growth.

3. Welfare
- Daily ration and weapons program will be prepared by each participating Military Unit in the community, and it will subsidized by the government.
- A survey will be conducted where the information will be use to prepare cash incentive plan/corporate loan plan for those who are eligible.

4. Foreign Affair
- The focus will be to form good relation with neighboring eSEA countries, connecting back old relation of the past and to work on the future.

To conclude, all of the plan above will be expanded even further by the respective minister on the coming term.
So, let us work together as a community.
No hatred, no vendetta, but for all to enjoy this game together.




#togetherforvictory
#dlcedition

- Nerzhu1 -

#justapassingthroughkamenrider