(MINDEF) Pertandingan Liga Perajurit Nasional Musim Kedua

Day 4,866, 01:46 Published in Malaysia Malaysia by Kementerian Pertahanan eMY


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh warga eMalaysia.

Kementerian Pertahanan eMalaysia ingin menjemput anda untuk menyertai kejohanan Liga Perajurit Nasional (LPN) yang diadakan buat musim kedua dimana kejohanan ini menawarkan sejumlah wang untuk direbut oleh perajurit-perajurit tanahair.

Untuk pengetahuan semua, LPN akan berlangsung selama 3 minggu dengan mengikut format mata dan kedudukan secara mingguan berdasarkan pencapaian perajurit-perajurit didalam battle-battle yang melibatkan eMalaysia sahaja.

Mata dan kedudukan akan dikira seperti berikut :-


* mata akan digandakan jika battle itu wajib dimenangi oleh eMalaysia tetapi hanya untuk round 12 dan ke atas.

Hadiah mingguan LPN yang bakal direbut adalah berupa wang sebanyak 50,000cc dengan johan mingguan akan menggondol wang sebanyak 20,000cc manakala tempat kedua akan meraih wang sebanyak 15,000cc dan tempat ketiga akan membawa pulang wang sebanyak 7,500cc. Tempat keempat akan meraih wang sebanyak 5,000cc manakala tempat kelima akan menerima wang sebanyak 3,500cc. Pemenang tempat keenam hingga kesepuluh masing-masing akan menerima saguhati berupa wang sebanyak 1,000cc serta roti yang berupaya membekalkan 2,000 energy.

Syarat-syarat penyertaan adalah mudah seperti di bawah :-
1. Anda adalah warganegara eMalaysia
2. Anda hanya perlu hit di battle eMalaysia sahaja


Keputusan akan diumumkan setiap hari Selasa di Buletin rasmi Mindef. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan eMalaysia atau boleh terus berhubung dengan Menteri Pertahanan eMalaysia samada melalui ingame messaging atau melalui telegram.

Sekian, terima kasih.

"PERAJURIT CEMERLANG MEMARTABATKAN NEGARA"


Menteri Pertahanan eMalaysia