New War Modul: How to Deal with it

Day 1,231, 19:01 Published in Malaysia Malaysia by GekkoMoria

EDIT: Today is the election day!!! Please cast your vote to our only candidate SatoshiTomiie (click here). You will get free exp point when you vote. Dont missed it! 😛

Saya pasti kita semua sudahpun mengetahui mengenai Modul Baru Perang yang diperkenalkan oleh Plato beberapa hari lepas untuk mengurangkan kesesakan server di minit-minit akhir battle.



secara ringkas modul baru tersebut menyatakan:

kemenangan mana-mana pihak adalah berdasarkan point yang dikumpul.
untuk membolehkan point dikira, domination bar perlulah pada kedudukan yang melebihi 50%
kemenangan akan diberi jika point yang dikumpul melebihi 1800 point.

stop at 1800!

untuk 30 minit pertama, 10 point akan diberi setiap minit (total 300 point)
untuk minit ke 31-60, 20 point akan diberi setiap minit (total 600 point)
untuk minit ke 61-90, 30 point akan diberi setiap minit (total 900 point)
untuk 30 minit terakhir, 60 point akan diberi setiap minit (total 1800 point)


sekali pandang, 30 minit yang terakhir adalah paling penting kerana mana-mana pihak yang mendominasi bar >50% akan mendapat 60 point berbanding 130 minit pertama. oleh itu ramai yang membuat keputusan untuk menunggu sehingga 30 minit terakhir sebelum turun perang.

tetapi harus diingat, secara relative-nya, damage (kesan) yang diberikan oleh seorang fighter adalah lebih besar diawal battle berbanding diminit-minit akhir perang.


lee o>

contohnya seorang fighter yang boleh memberi total influence sehingga 10,000 inf.
sekiranya dia turun diminit-minit akhir dengan 10k inf, domination bar mungkin hanya bergerak sebanyak 1% sahaja.
sebaliknya jika 10k influence itu dikenakan pada awal battle, ia akan memberi pengaruh yang lebih besar pada domination bar kerana secara umumnya total influence terkumpul masih lagi sedikit.
oleh itu walaupun influence adalah sama (10k), tetapi relative damage yang diberikan pada domination bar adalah berbeza-beza.

bagaimanapun jika kita mengawal battle dari awal (>50😵, kita perlu bertahan sehingga 130 minit untuk mencapai kemenangan (victory point=1800).
sebaliknya kawalan di 30 minit terakhir sudah memadai untuk mendapat 1800 point. tetapi harus diingat, sejumlah influence yang cukup besar amat diperlukan jika kita memilih untuk perang diminit akhir kerana domination bar 'menjadi lebih berat' pada ketika itu.


dont worry kid, use ur fathers card to push'im out easily

kesimpulannya, strategi perang yang dipilih perlulah mengikut kesesuaian dan keadaan sesuatu battle kerana ada pro n cons nya sendiri. strategi yang terbaik ialah dengan memantau setiap battle dan mengetahui tahap keupayaan tentera yang dimiliki. koordinasi pasukan tentera menjadi lebih penting kali ini.

panduan perang modul baru:
1. perhatikan keadaan battle terlebih dahulu.
2. jika mana-mana pihak sudah mencapai 1800 point, tunggu sehingga round berikutnya kerana influence anda tidak diperlukan lagi
3. jika kita sedang mendominasi >50% bar, stand-by jgn fight dulu
4. jika musuh semakin menghampiri 50%, FIGHT! jangan biarkan musuh memiliki advantage
5. jika musuh menguasai >60% bar, tunggu saja next round utk fight melainkan jika ada back-up tentera dengan influence yg cukup besar utk mengubah keadaan ataupun anda memiliki mastercard sendiri.


attack the domination barrr!!

EDIT: in more practical aspect (eMY environment), just hit FIGHT whenever you can providing that you are not in the military group 🙂
itu sahaja
#04 EMMU
o7