Jimbet: Apa yang anda perlu ingat

Day 1,804, 13:40 Published in Malaysia Malaysia by Firebourne

Negara eMalaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan selepas dijajah oleh eCrotia. Dengan bantuan ketenteraan dari eIndonesia, kita berjaya mendapat kembali eSarawak.

Ketika ini eIndonesia cuba untuk mengusir eCrotia dari Asia Tenggara. Dalam menjayakan misi ini, eMalaysia telah bersetuju untuk bekerjasama dengan eIndonesia.

Oleh itu, kepada pemain baru, kamu disarankan untuk mengikut arahan yang telah ditetapkan. Keutamaan serangan adalah menentang eCrotia.

Kadang-kadang, kamu akan melihat beberapa rakyat yang memberontak untuk melepaskan eSabah daripada genggaman eIndonesia. Jangan tertipu dengan muslihat ini, kerana ia merupakan satu tipu helah yang digunakan oleh musuh kita untuk mengurangkan kuasa ketenteraan. Adalah diharapkan kita dapat bersatu menentang eCrotia.

PERINGATAN : Dunia sebenar (RL=real life) jangan dikaitkan dengan dunia eRepublik. Ada beberapa perkara kita boleh samakan dan ada beberapa perkara kita tidak dapat samakan. Namum cita-cita warga eMalaysia tetap sama, iaitu untuk mendapatkan kembali keseluruh tanah eMalaysia. Kita perlu bersabar untuk mencapai matlamat itu.

Terdapat banyak sumber newspaper yang anda boleh baca untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan anda terhadap isu semasa dalam eRepublik.

Sekian.
Jimbet

Article is by Jimbet.
Artikel ditaipkan oleh Jimbet