Kembali [Edisi Malay]

Day 2,228, 15:38 Published in Malaysia Malaysia by Nerzhu1

[Malay]

Artikel yang tak seberapa panjang sangat pun.

Lame dah aku memilih untuk duk dalam perantauan, menimba ilmu dari luar negara, bercuti dan santai di eChile.





Akhirnya aku telah kembali lagi ke tanahair, setelah lame menunggu passport dicop. xD



Jadi siapakah aku? RL Sarawakian, kini berada di (persekitaran berdasarkan gambar diatas). Kenapa kembali? Kerana sehebat-hebat mana pun negara luar, negara asal juga tetap dihati.

Persekitaran di eChile adalah sesuatu yang unik, perpaduan mereka amat kuat dan koordinasi perang mereka juga hebat, mengenangkan aku tentang apa yang pernah aku lakukan di eMY sewaktu menjadi Presiden selama 3 bulan (dari November 2012-Januari 2013).

Ye, aku merupakan bekas Presiden Negara (CP) eMY dahulu. Kini telah bersara kerana pihak pembangkang utama aku (yang kini menjadi CP) asyik menimbulkan masalah, walaupun kepercayaan dan amanah sepenuhnya aku telah berikan kepada dia satu ketika dahulu. Macam shial je kerana mengharapkan pagar, pagar makan padi.



Apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Akhirnya salah diri sendiri kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Rasanya ini saja lah yang nak diceritakan buat masa ini. Oh sebelum aku terlupa, tahniah kepada ahli-ahli Kongres eMY dalam pilihanraya yang lepas. 🙂



Majulah untuk negara.

"It is better to lead from behind and to put others in front, especially when you celebrate victory when nice things occur. You take the front line when there is danger. Then people will appreciate your leadership. - Nelson Mandela (1918-2013)"

Nerzhu1,
Komander Unit Ketenteraan SRanger